Ms. Marvel merupakan sebuah minisiri televisyen Amerika yang dihasilkan oleh Bisha K. Ali bagi platform pengstriman Disney+ berdasarkan buku komik Marvel Comics yang menampilkan Kamala Khan / Ms. Marvel. Siri ini merupakan siri televisyen yang ketujuh dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dihasilkan oleh Marvel Studios dan berhubungan dengan filem-filem dalam francais tersebut. Siri ini menceritakan Kamala Khan, seorang peminat Avengers berumur 16 tahun yang dilakon oleh Iman Vellani. Ali merupakan ketua penulis siri ini manakala Adil & Bilall (Adil El Arbi dan Bilall Fallah) mengetuai pasukan pengarah siri ini.
Selain Vellani, filem ini juga dibintangi oleh Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Saagar Shaikh, Laurel Marsden, Azhar Usman, Rish Shah, Arian Moayed, Alysia Reiner, Laith Nakli, Nimra Bucha, Travina Springer, Adaku Ononogbo, Samina Ahmad, Fawad Khan, Mehwish Hayat, Farhan Akhtar, dan Aramis Knight. Siri ini diumumkan pada Ogos 2019. Vellani telah dipilih sebagai pelakon watak utama pada September 2020, dengan El Arbi dan Fallah, Meera Menon, serta Sharmeen Obaid-Chinoy diupah sebagai pengarah siri ini. Penggambaran bermula pada awal November 2020 di Atlanta, Georgia dan New Jersey, sebelum bertamat di Thailand pada Mei 2021.
Ms. Marvel memulakan tayangan pada 8 Jun 2022 dan mempunyai enam episod, dengan episod terakhirnya ditayangkan pada 13 Julai. Siri ini merupakan sebahagian daripada Fasa Empat MCU, dan kisahnya berhubung kait dengan filem The Marvels (2023). Siri ini telah memperoleh reaksi yang positif, khasnya terhadap lakonan Vellani.
Premis
Kamala Khan, seorang peminat Avengers, khasnya Carol Danvers / Captain Marvel, yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam kalangan ahli keluarganya dan rakannta sebelum beliau memperoleh kuasanya.[1]
Pelakon dan watak
- Iman Vellani sebagai Kamala Khan / Ms. Marvel:
Seorang remaja Pakistani-American berumur 16 tahun dari Jersey City yang bercita-cita untuk menjadi artis dan gemar memain permainan video serta menulis cereka peminat tentang adiwira seperti Captain Marvel.[1][2] Khan memperoleh kebolehan untuk memanfaatkan tenaga kosmik untuk menghasilkan "cahaya pepejal" setelah memakai gelang sihir yang dihadiahi oleh neneknya.[3][4]
- Matt Lintz sebagai Bruno Carrelli: Rakan terbaik Kamala yang jatuh hati kepada Kamala.[5][6]
- Yasmeen Fletcher sebagai Nakia Bahadir:
Rakan baik Kamala,[7] yang bertanding untuk memegang jawatan dalam lembaga masjid, dan akhirnya menang.[8] Dalam Ms. Marvel, Bahadir ialah seorang warganegara Amerika ras kacuk yang berbangsa Lubnan, seperti Fletcher, dan bukannya berbangsa Turki seperti versi komik watak itu.[9]
- Zenobia Shroff sebagai Muneeba Khan:
Ibu Kamala dan isteri Yusuf.[10]
- Mohan Kapur sebagai Yusuf Khan:
Ayah Kamala dan suami Muneeba.[10] * Saagar Shaikh sebagai Aamir Khan:
Abang Kamala.[11]
- Laurel Marsden sebagai Zoe Zimmer: Seorang pelajar yang terkenal di sekolah Kamala dan seorang pempengaruh media sosial.[11]
- Azhar Usman sebagai Najaf:[12]:15 Sebuah peniaga gerai makanan halal yang berkenalan dengan Kamala.
- Rish Shah sebagai Kamran:
Seorang pelajar baharu yang disukai oleh Kamala.[10]
- Nimra Bucha sebagai Najma: Ibu Kamran, seorang Djinn dan ketua Clandestines yang ingin kembali ke tempat asalnya, dimensi Noor selepas dibuang ke Bumi.[11]
- Arian Moayed sebagai P. Cleary: Seorang agen Bahagian Kawalan Kemusnahan (Department of Damage Control, DODC).[13]
- Alysia Reiner sebagai Sadie Deever: Seorang agen DODC yang bekerja di bawah Cleary.[13]
- Laith Nakli sebagai Sheikh Abdullah: Seorang imam di masjid Kamala.[11]
- Travina Springer sebagai Tyesha Hillman: Isteri Aamir.[11]
- Adaku Ononogbo sebagai Fariha: Seorang anggota Clandestine yang menggunakan lembing.[11]
- Samina Ahmad sebagai Sana: Nenek Kamala yang bermastautin di Karachi, Pakistan.[14] Zion Usman berlakon sebagai Sana semasa zaman kanak-kanaknya.[15]
- Fawad Khan sebagai Hasan: Datuk moyang Kamala.[16]
- Mehwish Hayat sebagai Aisha: Nenek moyang Kamala dan pemilik asal gelang sihir.[17]
- Farhan Akhtar sebagai Waleed: Ketua Red Daggers, sekumpulan vigilantes yang memakai bandana merah dan pandai membaling pisau.[18]
- Aramis Knight sebagai Kareem / Red Dagger:
Salah seorang anggota Red Daggers.[18]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Hipes, Patrick (12 November 2021). "Disney+ Day: All The Streamer's Film & TV News From Premiere Dates To Series Orders". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2021. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama VellaniCast
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PremiereDate
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CBREp2ComicComparisons
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama InverseDec2020Castings
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama LoveTriangle
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fletcher
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MenonPopSugar
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FletcherPopSugar
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama /FilmTrailerBreakdown
- ^ a b c d e f Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SRCast
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ProductionBrief
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SyFyWireEp1Review
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AmanatEWEp4
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama UsmanYoungSana
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ColliderBollywoodActors
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama HayatAisha
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ColliderEp4Review